Total Pageviews

Welcome to My Blog!!

Selamat Datang & Happy Shopping

ORDER FORM

NAME
ADDRESS
PHONE NUMBER
EMAIL
I WANT TO
ENQUIRY/ ORDER LISTING
PAYMENT VIA

Click here to create your own form.

Thursday, December 5, 2019

CORET-CORET TRIP BORONG GUANGZHOU OGOS 2019

Assalamualaikum semua..
Sedikit coretan untuk perkongsian dengan kawan2 mukabuku Adda..
Nak share dari haritu lagi, tapi almaklumlah akak kebizian sangat, Whatsapp pun sampai hari ni tak habis2 reply..alhamdulillah😊
Kisah Trip Ogos:
Boss bawak 2 orang client untuk cari barang2 untuk butik pengantin, hati pertama sampai mereka dah terjah kedai2 bunga dan lace..
Ada harga yang berbaloi dan ada juga yang kalau dikira order online lagi berbaloi..
Kalau anda join trip kami, dengan pakej yang anda bayar kami akan ikut anda ke tempat mana anda nak memborong..kami takkan lepaskan anda sendiri & jumpa semula di checkpoint mana2 seperti kebanyakan trip borong buat, tidak akan!
Hari kedua mereka terjah ke tempat handbag..Nampak gayanya client2 dah lebih berminat untuk memborong di tempat handbag kerana hari2 seterusnya mereka lebih banyak tertumpu dikawasan tersebut.
Ada satu soalan yang ditanya oleh salah seorang client..
'Shaq, takpe ke bawak kitorang borong bag kat sini? Tak kacau ke market awak nanti?
Boss jawab: takde masalah kak, akak dah bayar saya, jadi ke mana je tempat akak nak pergi borong, saya akan bawak akak sampai akak dapat apa yang akak nak..macam ni la Contohnya, umpama laut la ye..dalam laut ada banyak jenis ikan..dan nelayan yang menangkap ikan pun ada ramai..jadinya setiap rezeki yang kita dapat Allah dah tentukan..akak ada audience akak, saya pun ada audience saya..selagi kita usaha, insyaallah rezeki tu akan ada..
Nak jadi cerita juga, banyak hal2 bisnes yang Boss kongsikan dan ajar mereka..dan mereka pun ada berkongsi tips yang kami tak tahu lagi..
Sebab tu pada Adda, nak berbisnes ni kena bijak, kena tau strategi..bukan hanya menjual, menjual dan menjual sahaja.. Otak kena smart, strategi kena power..
Kita nak curah ilmu, kena belajar dulu baru turunkan pada seseorang..Bukannya main hemtam kromo je..
Lagi satu, jangan kedekut berkongsi ilmu..
Bila kita ada ilmu, bantu & pimpinlah orang yang perlukan bantuan kita. Macam yang kita selalu dengarlah, bila kita kongsikan ilmu kita dengan orang lain, pasti ilmu kita akan lebih bertambah, insyaallah..Lagipun ilmu ni semua milik Allah, kita hanya dipinjamkan sahaja.
Tapi la kan, ada segelintir manusia yang takut nak kkongsi ilmu kerana takut yang rezekinya terganggu atau berkurang. Mereka sendiri tak yakin setiap rezeki sudah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa☝️
Jadi untuk korang2 yang berbisnes, tak kisah ape pun..walaupun berniaga handbag sama seperti kami..kami akan ajar korang from a-z jika korang ambil pakej memborong dengan kami..
Jangan malu, jangan segan, jangan ego dan hipokrit yang korang tau semua segala benda sedangkan banyak lagi yang harus dipelajari👆
Oklah tu, sampai sini je coretan Adda..banyak lagi ni nak tulis tapi kita simpan untuk coretan seterusnya😆

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...