Total Pageviews

Welcome to My Blog!!

Selamat Datang & Happy Shopping

ORDER FORM

NAME
ADDRESS
PHONE NUMBER
EMAIL
I WANT TO
ENQUIRY/ ORDER LISTING
PAYMENT VIA

Click here to create your own form.

Thursday, December 5, 2019

CORET-CORET TRIP BORONG GUANGZHOU OKTOBER 2019

~Sedikit coretan Trip Borong Gz Oktober 2019~
Alhamdullillah Customer Happy & Puas Hati, Kami Lagi Happy & Puas Hati berganda2❤️
Balik Trip semua jadi kawan, siap plan untuk pergi holiday ramai😍
Trip kali ni yang follow seorang wanita dan sepasang suami isteri dengan anak, yang mana suami isteri ni dah follow Trip Mac lepas..kali ni follow lagi, terbaekk laa asyukk👍👍
Kali ni memang fokus tempat borong beg👜
Hari pertama sampai masing-masing terus terjah ke tempat beg.
Penat tu memang penat dengan tak cukup tidur semua..cuma kali ni sebab bertembung dengan hari merdeka, so banyak kedai yang tutup pada hari pertama dan kedua sampai.
Hari kedua lagi sakan masing-masing memborong, sampai duit habis dan tukar lagi dan tukar lagi😂
Ada masa sikit Bos bawa mereka ke tempat jam dan kasut..dekat situ pun mereka memborong lagi.
Malam boss ajak pergi massage kaki wooo..syoklaaa😆
Hari ketiga sambung memborong tempat beg lagi..Hari ketiga ni juga ada sesetengah supplier yang dah start delivery barang ke hotel. Bila balik hotel masing-masing terkejut sebab bertimbun beg yang dah borong sampai tak ada tempat tidur. Atas lantai, katil semua penuh beg..nasib baik bilik air je yang tak boleh letak😂
Sekali packing masing2 4 carton besar...
Yang bawa balik cuma beberapa biji lunggage sebab masing-masing tak berani nak handcarry ekoran Ops yang kuat sekarang.
Hari keempat cuma santai2 pergi stamping dan pergi ke tempat jam untuk customer yang last minit order.
Balik hotel semua packing untuk aircargo dan lunggage untuk balik.
Terima kasih to clients yang sudi guna khidmat trip borong DA RICH Empire , yang best semua sporting..Ada rezeki kita jumpa lagi😘
Kami buka untuk Disember Trip seramai 6 orang sahaja..














CORET-CORET TRIP BORONG GUANGZHOU OGOS 2019

Assalamualaikum semua..
Sedikit coretan untuk perkongsian dengan kawan2 mukabuku Adda..
Nak share dari haritu lagi, tapi almaklumlah akak kebizian sangat, Whatsapp pun sampai hari ni tak habis2 reply..alhamdulillah😊
Kisah Trip Ogos:
Boss bawak 2 orang client untuk cari barang2 untuk butik pengantin, hati pertama sampai mereka dah terjah kedai2 bunga dan lace..
Ada harga yang berbaloi dan ada juga yang kalau dikira order online lagi berbaloi..
Kalau anda join trip kami, dengan pakej yang anda bayar kami akan ikut anda ke tempat mana anda nak memborong..kami takkan lepaskan anda sendiri & jumpa semula di checkpoint mana2 seperti kebanyakan trip borong buat, tidak akan!
Hari kedua mereka terjah ke tempat handbag..Nampak gayanya client2 dah lebih berminat untuk memborong di tempat handbag kerana hari2 seterusnya mereka lebih banyak tertumpu dikawasan tersebut.
Ada satu soalan yang ditanya oleh salah seorang client..
'Shaq, takpe ke bawak kitorang borong bag kat sini? Tak kacau ke market awak nanti?
Boss jawab: takde masalah kak, akak dah bayar saya, jadi ke mana je tempat akak nak pergi borong, saya akan bawak akak sampai akak dapat apa yang akak nak..macam ni la Contohnya, umpama laut la ye..dalam laut ada banyak jenis ikan..dan nelayan yang menangkap ikan pun ada ramai..jadinya setiap rezeki yang kita dapat Allah dah tentukan..akak ada audience akak, saya pun ada audience saya..selagi kita usaha, insyaallah rezeki tu akan ada..
Nak jadi cerita juga, banyak hal2 bisnes yang Boss kongsikan dan ajar mereka..dan mereka pun ada berkongsi tips yang kami tak tahu lagi..
Sebab tu pada Adda, nak berbisnes ni kena bijak, kena tau strategi..bukan hanya menjual, menjual dan menjual sahaja.. Otak kena smart, strategi kena power..
Kita nak curah ilmu, kena belajar dulu baru turunkan pada seseorang..Bukannya main hemtam kromo je..
Lagi satu, jangan kedekut berkongsi ilmu..
Bila kita ada ilmu, bantu & pimpinlah orang yang perlukan bantuan kita. Macam yang kita selalu dengarlah, bila kita kongsikan ilmu kita dengan orang lain, pasti ilmu kita akan lebih bertambah, insyaallah..Lagipun ilmu ni semua milik Allah, kita hanya dipinjamkan sahaja.
Tapi la kan, ada segelintir manusia yang takut nak kkongsi ilmu kerana takut yang rezekinya terganggu atau berkurang. Mereka sendiri tak yakin setiap rezeki sudah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa☝️
Jadi untuk korang2 yang berbisnes, tak kisah ape pun..walaupun berniaga handbag sama seperti kami..kami akan ajar korang from a-z jika korang ambil pakej memborong dengan kami..
Jangan malu, jangan segan, jangan ego dan hipokrit yang korang tau semua segala benda sedangkan banyak lagi yang harus dipelajari👆
Oklah tu, sampai sini je coretan Adda..banyak lagi ni nak tulis tapi kita simpan untuk coretan seterusnya😆

CORET CORET TRIP BORONG GUANGZHOU MAC 2019

Sedikit Coretan Trip Borong7Mac - 12Mac 2019..
Start dari hari pertama sampai, hujan tak henti membasahi bumi Guangzhou..suhu pun sejuk. mencecah 13°c setiap hari..
Sejuknya jangan cakap la, kalau tak berlapiskan badan dengan jaket atau sweater, memang boleh jatuh sakit..
Tapi kami kuatkan juga semangat dan gigihkan diri harung semua tu dengan niat datang nak cari rezeki untuk kami anak beranak..
Apa yang kami tempuh disini orang tak pandang, hanya kami saja yang tahu macam mana susah peritnya nak bergerak dengan keadaan cuaca yang tak mengizinkan, dengan menggendong anak kecil tatkala mereka taknak langsung duduk dalam stroller tu..dengan kepala. memikirkan anak2 yang ditinggalkan..
Biarlah pandangan manusia yang hanya boleh mengatakan.. 'wahhh seronok dapat pegi jalan2'.. 'syokla boleh pegi China tiap2 tahun'.. 'masyukkk'... 'boleh tinggal anak2 sedangkan kami berdua "berjalan" di sini'...
Tu perkataan yang dah biasa aku dengarkan, tapi.. biar aku sendiri tahu..
Apa yang aku amat puas hati kali ni, sedikit sebanyak aku dapat membantu kawan baru ku memborong..
Banyak juga barang yang dia borong untuk perniagaan bazar nanti.. syukur alhamdulillah..
Lagipun trip kali ni tak berapa serabut dan rushing sangat macam yang lepas, yang mana kali ni urusan semua dapat diselesaikan sepanjang kami di sini..
Pesan seseorang pada kami..
"Kalau kau mudahkan urusan seseorang, insyaallah Allah akan permudahkan juga urusanmu..
Cuma masa je cepat atau lambat..
Sekian, sedikit coretan sementara menunggu masa nak checkin..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...