Total Pageviews

Welcome to My Blog!!

Selamat Datang & Happy Shopping

ORDER FORM

NAME
ADDRESS
PHONE NUMBER
EMAIL
I WANT TO
ENQUIRY/ ORDER LISTING
PAYMENT VIA

Click here to create your own form.

Wednesday, February 15, 2017

Resepi Nasi Dagang Terengganu by Me

NASI DAGANG :)

GULAI IKA AYA, MABELESSS

ACAR TIMUN

Resepi Nasi Dagang Terengganu:
Bahan-bahan untuk Nasi: -
4 cawan beras Wangi
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 inc halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga mesra. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan gaul dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Kukus dalam 10 minit & Boleh dihidangkan
Resepi Gulai Ikan Aya :
Rebus Ikan Aya bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
*Adda akan pakai ikan aya yang mana jumpa kt nsk @ sri ternal tpi xsuka size besar2 sgt..yg sedang2 je..
Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah kari ikan/ayam pun boleh (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan (santan asli)
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka
10 biji cili padi
sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak. pastikan santan asli sbb kalau santan kotak minyak yg terhasil ciput je haha
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah kari, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
Resepi Acar Timun:-
Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang
- SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.
Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.
Selamat Mencuba😄😄
#addasharing
#awraqueensharing

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...